Alhamdulillah.... akhirnya aku dijemput untuk menunaikan umrah bersama hubby tersayang... pakej yang aku ambil hanya 10 hari iaitu 13 - 22/8/2008... anak2 aku tinggalkan di kampung... aku mengikuti TH Travel & Services Sdn Bhd. Rombongan aku cuma 21 orang saja dan akan menaiki Singapore Airlines pada jam 1.30 ptg... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam termasuk berhenti di Abu Dhabi utk isi minyak... dalam flight hingga ke Jeddah aku tak jumpa malam.... cerah memanjang... beza waktu di sana dgn Malaysia ialah 5 jam lewat. Aku tiba di Jeddah jam 6.30 petang (1.30 pg waktu tempatan)